SK BANDAR JERANTUT

Tentang Kami

Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut atau nama ringkasnya SK Bandar Jerantut, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di Jalan Dato' Kurnia Budiman.
Pada 2021, Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut memiliki 279 pelajar lelaki dan 278 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 557 orang. Ia mempunyai seramai 55 orang guru dan 12 orang staf.
​
Sejarah Sekolah
​
Ø SEBELUM tertubuhnya sebuah Sekolah Melayu Jerantut pada 4 Februari 1957, kebanyakan kanak-kanak yang tinggal di sekitar bandar Jerantut terpaksa berulang-alik untuk mendapatkan pendidikan ke salah sebuah daripada tiga buah sekolah melayu yang ada pada ketika itu.
Ø Terletak kira-kira 11 kilometer dari pusat bandar ke Sekolah Melayu Teh yang dihubungi dengan hanya menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama, sungguh menyukarkan kerana terpaksa mengikut jadual perjalanan keretapi samada dari Mentakab atau dari Kuala Lipis untuk ke sekolah atau balik ke rumah.
Ø Sekolah Melayu Kampung Bharu yang menghala ke Jalan Benta turut menjadi tumpuan walaupun jaraknya kira-kira 12 kilometer. Demi mendapatkan pendidikan ibubapa terpaksa mengharungi keperitan dan kesukaran untuk menghantar anak masing-masing.
Ø Pilihan seterusnya ke Sekolah Melayu Pedah yang terletak di pinggir Sungai Pahang kira-kira 8 kilometer dari Bandar ini, untuk tumpuan kanak-kanak ke sekolah dan ibubapa terpaksa menghantar anak mereka belajar.
Ø Jarak yang jauh daripada bandar ke ketiga-tiga sekolah tersebut dengan keadaan jalan yang tidak sempurna, selain itu ibubapa dan murid terpaksa bangun awal pagi untuk menghantar dan mengambil anak ke sekolah. Kesukaran untuk mendapatkan pengangkutan turut menambah kesulitan.
Ø Menyedari kesukaran yang berat ditanggung oleh anak-anak dan ibubapa ketika itu, maka UMNO Cawangan Bandar Jerantut diketuai oleh Encik Jaafar Hassan PJK (Allahyarham), Setiausahanya Encik Mohamad Idris, Bendaharinya Encik Mohamad Said serta ahli jawatankuasa bertekad untuk mendapatkan bangunan sekolah.
Ø Cadangan itu turut mendapat kerjasama dan sokongan ahli-ahlinya dan masyarakat setempat serta turut mendesak dan berusaha memohon supaya kerajaan menubuh sebuah sekolah rendah di bandar ini. Permohonan mereka telah dimaklumkan dan dipersetujui oleh Jabatan Pelajaran Negeri Pahang.
Ø Kebetulan pihak berkuasa tempatan Daerah Kecil Jerantut, merancang untuk merobohkan rumah kerajaan yang terletak di tapak Rumah Rehat sekarang ini , jawatankuasa UMNO terus memohon jasabaik Penolong Pegawai Daerah ketika itu, Encik Jonid Abd Rahim, agar bangunan kayu itu diberikan kepada mereka untuk dijadikan asas bangunan sekolah yang dihajati. Permohonan itu telah dipersetujui.
Ø Dengan tidak melengahkan masa semua kayu daripada bangunan rumah kerajaan diangkut ke tapak baru dan terus mendirikan bangunan tersebut secara bergotong royong. Jawatankuasa UMNO juga turut memungut derma daripada orang ramai bagi menampung kekurangan bahan kayu dan papan untuk membuat meja dan bangku murid.
Ø Akhirnya berkat usaha berkerjasama dengan berbekalkan semangat yang gigih, bangunan sekolah yang berukuran 30 kaki panjang dan 20 kaki lebar berdindingkan papan bercat hijau berjaya didirikan dengan sempurna dengan hanya berlantaikan tanah sahaja serta dikelilingi dengan semak samun dan belukar.
Ø Bangunan itu dirikan di tapak berhadapan Kelab Seri Tahan sekarang ini. Tapak bekas sekolah itu sekarang ini telah dijadikan kawasan perumahan yang dimajukan oleh Lembaga Kemajuan Negeri Pahang (LKNP).
Ø Maka 4 Februari 1957, bangunan sekolah yang didirikan itu telah menjadi kenyataan. Hari pertama sekolah dibuka seramai 23 orang murid didaftarkan iaitu 13 orang untuk memasuki sekolah untuk Darjah Satu dan 10 orang pula akan belajar ke Darjah Dua.
Ø Encik Mohamad Mohd Amin adalah guru dan juga guru besar pertama sekolah itu. Encik Mohamad Said, guru pelawat Jerantut turut hadir bagi merasmikan bangunan sekolah tersebut.
Ø Selama 8 tahun dirikan, murid sekolah itu kian bertambah, pelbagai usaha telah dilakukan dengan mendirikan bangunan tambahan yang didirikan secara gotong royong, namun keadaan sekolah itu tidak dapat menampung murid yang semakin bertambah.
Ø Pada bulan Mac 1963, sekolah ini mula mengadakan sesi dua sidang iaitu sidang pagi dan petang. Keadaan ini berterusan sehinggalah kerajaan memperuntukan bangunan dan tapak baru yang terletak di kawasan sekolah yang sedia ada sekarang.
Ø Pada 10 Januari 1965, Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut mula menggunakan bangunan kayu mengandungi enam bilik darjah dan bangunan itu digunakan bagi menampung keperluan.
Ø Kepesatan bandar Jerantut semakin berkembang, penduduknya semakin bertambah,pada tahun 1974, kekurangan bilik darjah mendesak kembali. sekolah terpaksa mewujudkan kembali sekolah dua sesi bagi menampung murid yang bertambah.
Ø Pada bulan Disember 1979, satu blok bangunan tiga tingkat siap dibina mengandungi 8 bilik darjah, 2 bilik serbaguna, pejabat sekolah, bilik guru besar, setor dan tandas termasuk blok kantin . Pada awal 1980 bangunan itu dapat digunakan. Oleh kerana kekurangan perabot, sekolah ini masih beroperasi dalam dua sessi dan pada 1981 barulah kesemua murid belajar dalam satu sesi.
Ø Pada April 1986, sekolah ini mendapat peruntukan RM 50,000 bagi mendirikan sebuah bangunan tambahan satu tingkat yang mengandungi 4 bilik darjah dan tandas di bawah projek Gotong Royong Kementerian Pendidikan. Kerja membina bangunan ini dijalankan secara gotong royong dimulakan pada bulan Ogos 1986 dan siap pada bulan Disember pada tahun yang sama.
Ø Keperluan terus mendesak. Sekali lagi Jabatan Pelajaran Pahang telah meluluskan peruntukan mendirikan satu blok bangunan tiga tingkat yang mengandungi 12 bilik darjah serta tandas bagi menggantikan blok kayu setingkat yang mula-mula didirikan dahulu.Keadaan ini telah merubah suasana sekolah menjadi lebih besar dan ceria . Bangunan ini didirikan pada tahun 1994.
Ø Untuk memastikan semua murid celik computer, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mendirikan sebuah makmal computer di bawah Projek Perkomputeran Sekolah Fasa 1 tahun 2001. Sebanyak 20 unit computer dibekalkan lengkap dengan server dan alat pemancar(LCD). Pada awal tahun ini peralatan tersebut telah digantikan dengan yang baru bagi memastikan semua murid dapat menggunakan seiring dengan kemajuan zaman.
Ø Walaupun sekolah ini mempunyai dua blok tiga tingkat serta sebuah bangunan tambahan, namun masih belum dapat menampung jumlah murid yang begitu ramai. Sistem persekolahan dua sesi masih dijalankan. Oleh kerana itu, Jabatan Pendidikan Pahang telah meluluskan peruntukan membina dua blok empat tingkat yang mengandungi bilik darjah, pejabat Guru Besar , Bilik Guru , Makmal Sains , Bengkel kemahiran hidup , bilik muzik, bilik sembahyang , perpustakaan , dewan terbuka serta tandas. Bangunan ini telah digunakan sepenuhnya sejak awal tahun 2006. Dengan kemudahan yang serba lengkap , di harapkan Sekolah Kebangsaan Bandar Jerantut akan menjadi sekolah cemerlang.

Our Program
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
​
This is a great space to write a long text about your company and your services. You can use this space to go into a little more detail about your company. Talk about your team and what services you provide. Tell your visitors the story of how you came up with the idea for your business and what makes you different from your competitors. Make your company stand out and show your visitors who you are.

Farm Trips
I'm a paragraph. Click here to add your own text and edit me. It’s easy. Just click “Edit Text” or double click me to add your own content and make changes to the font. Feel free to drag and drop me anywhere you like on your page. I’m a great place for you to tell a story and let your users know a little more about you.
​
This is a great space to write a long text about your company and your services. You can use this space to go into a little more detail about your company. Talk about your team and what services you provide. Tell your visitors the story of how you came up with the idea for your business and what makes you different from your competitors. Make your company stand out and show your visitors who you are.